..

Thursday, May 31, 2012

Sahabat Islamiyyah ^^


Sahabat yang dikasihi Allah, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara : Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula? Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.) Sahabat, Ketika di Hari Qiyamat nanti soal siasat yang pertama diajukan adalah umur yang dihabiskan di dunia. Adakah umur ketika di dunia banyak dihabiskan untuk mengerjakan amal soleh atau mengerjakan maksiat atau masa berjalan dan habis begitu sahaja tanpa di isi dengan kerja-kerja yang berfaedah. Ingatlah masa itu adalah kehidupan, tidak berlalu masa itu melainkan habis kehidupan kita, dan ianya tidak boleh digantikan lagi selama-lamanya. Oleh itu apa yang boleh kita lakukan adalah kita merancang dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab untuk masa sekarang dan akan datang agar masa dan umur kita dapat dimanfaatkan tanpa mengalami kerugian. Pergunakanlah sepenuh masa dan tenaga yang ada untuk melaksanakan amal ibadah dan amal soleh untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.   

 




Remaja Muslim yang sepenuh masa menuntut ilmu semestinya berhati-hati menguruskan masa. Tidak boleh membiarkan masa berlalu dengan sia-sia atau yang dimurkai Allah. Alangkah ruginya kita jika tidak dapat menyelamatkan diri bila berhadapan dengan Allah nanti. Ujian semasa muda juga agak berat kerana ketika inilah darah muda sedang membara dan naluri semula jadi remaja ingin mencari pasangan hidup yang serasi atau ingin berpoya-poya dahulu sebelum memasuki alam perkahwinan. Amat malang apabila mereka ingin mencuba sesuatu perbuatan maksiat yang membawa kepada dosa besar. Ketika inilah ramai para remaja tewas, tidak dapat mencari nilai kebahagiaan sebenarnya. Kenapakah hadis Nabi s.a.w mengkhususkan masa remaja dan ujian diwaktu itu ? Kalau kita perhatikan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang banyak berlaku dikalangan muda mudi Islam sebagai contoh penagihan dadah, kes buang anak, bohsia, bohjan, mat rempit, kes ragut, perzinahan, gengsterism dan minum arak dan berbagai-bagai lagi, adalah disebabkan para remaja tidak di tarbiyyah dengan asas agama yang kuat, dan mudah terpedaya dengan nafsu muda dan hasutan syaitan.




















Ahlanwasahlan Syukran

No comments:

Post a Comment