..

Thursday, May 31, 2012

Sahabat Islamiyyah ^^


Sahabat yang dikasihi Allah, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara : Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahula? Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.) Sahabat, Ketika di Hari Qiyamat nanti soal siasat yang pertama diajukan adalah umur yang dihabiskan di dunia. Adakah umur ketika di dunia banyak dihabiskan untuk mengerjakan amal soleh atau mengerjakan maksiat atau masa berjalan dan habis begitu sahaja tanpa di isi dengan kerja-kerja yang berfaedah. Ingatlah masa itu adalah kehidupan, tidak berlalu masa itu melainkan habis kehidupan kita, dan ianya tidak boleh digantikan lagi selama-lamanya. Oleh itu apa yang boleh kita lakukan adalah kita merancang dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab untuk masa sekarang dan akan datang agar masa dan umur kita dapat dimanfaatkan tanpa mengalami kerugian. Pergunakanlah sepenuh masa dan tenaga yang ada untuk melaksanakan amal ibadah dan amal soleh untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.   

 




Remaja Muslim yang sepenuh masa menuntut ilmu semestinya berhati-hati menguruskan masa. Tidak boleh membiarkan masa berlalu dengan sia-sia atau yang dimurkai Allah. Alangkah ruginya kita jika tidak dapat menyelamatkan diri bila berhadapan dengan Allah nanti. Ujian semasa muda juga agak berat kerana ketika inilah darah muda sedang membara dan naluri semula jadi remaja ingin mencari pasangan hidup yang serasi atau ingin berpoya-poya dahulu sebelum memasuki alam perkahwinan. Amat malang apabila mereka ingin mencuba sesuatu perbuatan maksiat yang membawa kepada dosa besar. Ketika inilah ramai para remaja tewas, tidak dapat mencari nilai kebahagiaan sebenarnya. Kenapakah hadis Nabi s.a.w mengkhususkan masa remaja dan ujian diwaktu itu ? Kalau kita perhatikan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang banyak berlaku dikalangan muda mudi Islam sebagai contoh penagihan dadah, kes buang anak, bohsia, bohjan, mat rempit, kes ragut, perzinahan, gengsterism dan minum arak dan berbagai-bagai lagi, adalah disebabkan para remaja tidak di tarbiyyah dengan asas agama yang kuat, dan mudah terpedaya dengan nafsu muda dan hasutan syaitan.




















Ahlanwasahlan Syukran

Sunday, May 20, 2012


Doa & Hakikat 13 |


Doa Bulan Rejab

Daripada Sayyiduna Anas رضي الله عنه ;




Apabila datang bulan Rejab, Rasulullahصلى الله عليه وسلم akan berdoa;


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaa’ban dan sampaikan (hidupkan) kami (sehingga) ke bulan Ramadhan."

Hadith Riwayat | Imam Al Baihaqi

Kitab | Al Azkar An-Nawawiyyah

Bersama kita doakan..



QHAZANAH




Makanan Yang Bersih,
Menempa Hati Yang Jernih..

Dipersilakan klik share semoga bermanfaat.
















Ahlanwasahlan Syukran

........Keutamaan Bulan Rejab..........


........Keutamaan Bulan Rejab.............

Rasulullah S.A.W. :

“ Rejab adalah bulan Allah , Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”

Ahli isyarat mengatakan, “Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya ialah rahmat. Kemudian jim, ertinya jurmu abdi (kesalahan hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan,“Aku jadikan hamba-Ku di antara rahmat dan kebaikan-Ku.”

Dari Abu Hurairah r.a. , dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W.

“Siapa berpuasa dua puluh tujuh Rejab , maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan . Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibtil turun kepada Nabi S.A.W. di israk-mikrajkan.”

Baginda juga bersabda :

“ Rejab adalah bulan Allah . Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah , pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung.”


Dikatakan, “Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab “. Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Qur’an :


“ Di antara ada empat (bulan) yang mulia “

(Q.S. At-Taubat : 36)

Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafani dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya seraya berkata, “ Aku tidak redha kepada mu kerana kamu tidak melakukan wasiatku.” Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil, “Tidakkah kau tahu , bahawa orang taat kepada Ku di bulan Rejab, tidak akan Ku-biarkan dia bersendirian di liang lahad !”

Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dari hari Jumaat bulan Rejab, semua malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.

Dari Anas ra. Dia berkata , Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram , dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun,”Dan berkata Anas ra. “ Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi S.A.W.”

Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kitab terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wudhuk juga empat. Kalimah tasbih juga empat , iaitu , Subhana Allah , walhamdulillah , lailaha illa Allah , wa Allahu Akbar.” Pokok hitungan juga empat ; sa , puluh , ratus , ribu, waktu juga empat , jam , hari bulan , tahun. Musim juga empat ; bunga hujan , luruh , kemarau .Watak juga empat; panas , dingin , basah , kering . Penguasa badan juga empat ; kuning , hitam , darah dan dahak.Khulafa’ Ar Rashidin juga empat : Abu Bakar , Umar , Usman , Ali ra.

Ad-Dailami meriwayatkan dari Aisyah ra., dia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam : malam Adha , malam Fitri , malam nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab “

Ad-Dailami meriwayatkan dari Abi Umamah dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda:
“Ada tiga malam tidak akan doa tertolak; malam pertama bulan Rejab , malam nisfu Syaaban , malam Jumaat dan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha“


Petikan dari terjemahan
Kitab Mukashafah Al Qulub – Imam Al Ghazali









Ahlanwasahlan Syukran