..

Friday, September 23, 2011

Kemana Kita Selepas Ini


.... Kemana Kita Selepas Ini ...??
Tak di nafikan, sbg insan kita pasti mmpunyai keinginan utk mncapai keduduka yg tertinggi, dan pasti timbul persoalan “dimanakah tujuan kita, selepas apa yg diingini berjaya dimiliki....Setia insane wajib mngenali alam mana yg telah dilalui atau akan dilalui... Sama ada seseorang itu bersedia atau tidak,kita akn tetap menempuhinya... 7 alam yang perlu dilalui smua manusia... 1. Alam roh (arwah) iaitu juga dikenali dgn alam subhi adam Dialam ini, roh akan dibebankan oleh amanah oleh Allah, yg mn setiap roh brjanji akn bertaqwa kpd Allah dan melaksanakan segala perintahNya.. 2. Alam rahim (alam syurga awal). Alam sulbi wathara’if 3. Alam fana ( Alam dunia) iaitu lembah yg paling hina dan tempat terakhir manusia merasai mati kerana tiada lagi mati selepasnya... Just for your info, even Nabi Isa a.s yg masih hidup (peristiwa ketika nabi isa A.S diselamatkan drp dibunuh kaum khurasy dgn digantikan seorang pemuda yg mirip dgn Nabi isa a.s), pun akn turun semula ke bumi dan wafat dibumi setelah selesai tanggungjawabnya dibumi (memperbaiki akidah ummat) iaitu ketiaka bumi diakhir zaman, ketika manusia smuanya berpaling dari Allah. 4. Alam Barzhakh (alam kubur) iaitu terdiri drp alam awal dan alam akhir 5. Alam Mahsyar (Zabruth)..juga dikenali sbg Yaumil Ba’si Setelah dunia ini telah dikiamatkan, bumi akn mnjadi rata tanpa apapun diatasnya. Kemudian semuan manusia akn duhidupkan(dibangkitkan) kembali seperti cendawan tumbuh... Disinilah semua makhluk brkumpul selama 700 000 thn, sedangkan matahari sehasta diatas kepala. Jika manusia itu mempunyai pahala dan amal maka mereka akn mndapat naungan Allah ketika ini, namun sebaliknya bagi yg bergelimang dosa dan noda.... 6.AlamMalakut (dimana smua manusia di kumpulkan bagi tujuan perhitungan dihadapan Allah) juga dikenali sbg Hisab mizan... 7. Alam Nashuth (Alam kekal abadi selamanya)
Ahlanwasahlan Syukran

Wanita Solehah




Bismillah
Indahnya perhiasan adalah wanita solehah
Semua orang sudah tahu wanita solehah sangat-sangatlah mahal harganya di sisi Islam. Banyak kalam Allah, kalam Rasul dan kalam para Solihin menyebut dan menceritakan tentang wanita solehah. Malah tiada siapa pun dari orang Islam berani menafikan kemuliaan wanita solehah. 

Penulis menyeru semua rakan bloggers dan kawan-kawan muslimat seMalaysia, janganlah kita hanya menjadi MAR`AH JAMILAH (wanita cantik )sahaja tapi tambahlah dengan nilai SOLEHAH, barulah sempurna hidup sebagai seorang wanita itu. Oh ya, contest ini adalah untuk selama-lamanya sampai hari kiamat :) Hadiah contest? Penulis tidak mampu bagi, hanya Allah yang tahu nilai sebenar wanita solehah 

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"



Ahlanwasahlan Syukran

Thursday, September 8, 2011

UntukMu Wanita Solehah


  • Wanita solehah itu aurat dijaga, 
    Pergaulan dipagari, 
    Sifat malu pengikat diri, 
    Seindah hiasan di dunia ini..

    Keayuan wanita solehah itu, 
    Tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
    Kemanisan wanita solehah, 
    Tidak terletak pada kemanjaannya, 
    Daya penarik wanita solehah itu, 
    Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
    Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..

    Bukan dan tidak sama sekali, 
    Kepetahan wanita solehah, 
    Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
    Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama..

    Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
    Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
    Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
    Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.. 

    Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
    Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
    Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
    Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.. 

    Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
    Kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
    Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
    Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
    Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
    Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
    Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
    Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama..

Ahlanwasahlan Syukran